Dasar Privasi Dalam Talian Global Herbalife Nutrition

Terakhir diubah suai: 30 Jun 2020

Dasar Privasi Herbalife Nutrition (“Dasar”) ini terpakai untuk Herbalife International of America, Inc. dan entiti subsidiari dan sekutunya di seluruh dunia yang dikaitkan dan bergantung pada Dasar ini. Dasar ini terpakai untuk semua maklumat yang dikumpulkan oleh Herbalife melalui pemilikan dalam talian dan aplikasi mudah alih (“Laman”) yang Dasar Privasi ini dipaparkan. Sesetengah laman web Herbalife Nutrition juga mengaitkan notis privasi dalam talian khusus kawasan mereka sendiri yang boleh mengandungi maklumat dan pendedahan tambahan untuk memenuhi keperluan tempatan. Dasar ini juga terpakai untuk maklumat yang dikumpulkan oleh Herbalife Nutrition melalui kaedah luar talian. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Dasar ini tidak terpakai untuk Koleksi Pengedar Bebas Herbalife Nutrition (“Pengedar” atau “Pengedar Herbalife”) atau penggunaan maklumat yang diperoleh oleh Pengedar secara langsung daripada anda atau daripada sumber selain Herbalife Nutrition, melainkan maklumat tersebut dikongsi dengan dan dikekalkan oleh Herbalife Nutrition.

Dasar Privasi ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda tentang jenis maklumat yang kami kumpul, cara maklumat tersebut digunakan, pihak yang dikongsi maklumat tersebut, pilihan anda berkenaan pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat sedemikian, keupayaan anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat dan langkah keselamatan yang kami gunakan untuk melindungi maklumat ini.

1. Apakah maklumat yang dikumpulkan oleh Herbalife Nutrition?

Herbalife Nutrition mengehadkan pengumpulan maklumat peribadi kepada maklumat yang relevan dengan tujuan pengumpulan sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga yang bertindak bagi pihak kami dan kami sentiasa mengumpulkan maklumat peribadi menggunakan cara yang sah dan adil, selaras dengan bidang kuasa yang mentadbir pengumpulan maklumat peribadi.

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami Secara Langsung

Dalam keadaan yang berlainan, anda boleh memberikan maklumat secara langsung kepada Herbalife Nutrition, seperti nama pertama dan keluarga, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat kad kredit, maklumat perbankan dan maklumat biografi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tarikh lahir dan status perkahwinan). Sebagai contoh, anda boleh memberi kami maklumat apabila menggunakan Laman atau apabila menjadi Pengedar Herbalife atau Ahli Pilihan Herbalife (“Ahli Pilihan”). Jika anda tidak memberi kami maklumat yang diminta, dalam sesetengah kes, kami tidak akan dapat memberi anda perkhidmatan yang anda minta.

Jika anda mendedahkan maklumat individu lain kepada kami, anda dikehendaki untuk mendapatkan persetujuan yang sewajarnya daripada individu tersebut untuk mendedahkan maklumat tersebut kepada kami.

Maklumat Tentang Peranti Anda dan Penggunaan Anda terhadap Laman

Kami boleh mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik, seperti alamat Protokol Internet (IP), jenis pelayar, pembekal perkhidmatan Internet (ISP), halaman merujuk/keluar, sistem operasi, cap tarikh/masa, aktiviti Laman anda (termasuk kandungan Laman yang anda lihat, pergerakan tetikus, klik tetikus, ketikan, leretan dan maklumat yang anda lihat) dan/atau data strim klik untuk tujuan seperti menganalisis arah aliran, mentadbir Laman, meningkatkan fungsi dan kandungan Laman serta menguatkuasakan Terma kami. Kami menggunakan teknologi Internet standard, seperti kuki, mata arah web, main semula sesi/tangkapan skrin, dan teknologi yang serupa untuk mengumpulkan maklumat ini, seperti yang diterangkan di bawah dalam bahagian berkenaan kuki.

Kami juga boleh mengumpulkan maklumat tepat tentang lokasi anda, seperti koordinat GPS peranti mudah alih anda, maklumat menara sel dan/atau isyarat Wi-Fi. Herbalife Nutrition boleh menggunakan maklumat ini untuk memperibadikan pengalaman anda berkenaan penggunaan anda terhadap Laman, Nutrition Clubs atau produk dan perkhidmatan Herbalife Nutrition yang lain. Jika anda tidak mahu Herbalife Nutrition untuk mengumpulkan dan menggunakan maklumat geolokasi tertentu, anda boleh menyahdayakan ciri lokasi pada peranti anda. Semak tetapan pengeluar peranti anda untuk mengetahui cara melakukannya.

Maklumat daripada Sumber pihak ketiga

PKami boleh menerima maklumat tambahan tentang diri anda daripada sumber awam dan tersedia secara komersial serta pihak ketiga yang lain. Pengedar juga boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan Herbalife Nutrition. Jika anda mengakses perkhidmatan pihak ketiga, seperti Facebook, Google atau Twitter melalui Laman untuk log masuk ke Laman atau untuk berkongsi maklumat tentang pengalaman anda di Laman dengan pihak lain, kami boleh mengumpulkan maklumat daripada perkhidmatan pihak ketiga berkenaan. Kami boleh menggabungkan semua maklumat yang kami kumpulkan dan terima tentang anda, sama ada dalam talian atau di luar talian, dan menggunakan atau mendedahkannya mengikut cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.

Kami juga boleh menerima jenis maklumat peribadi berikut tentang anda daripada Pengedar kami, bergantung pada maklumat yang anda berikan kepada mereka: nama, maklumat hubungan, maklumat pembayaran dan maklumat kesejahteraan (termasuk tetapi tidak terhad kepada ketinggian, berat, BMI).

2. Bagaimanakah Herbalife Nutrition menggunakan Maklumat saya?

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda untuk pelbagai tujuan, termasuk: memberi anda produk, perkhidmatan dan sokongan yang anda minta; memproses urus niaga dan penghantaran pesanan anda; berkomunikasi dengan anda tentang akaun atau urus niaga anda, perubahan terhadap dasar kami dan hal-hal pentadbiran yang lain atau soalan dan komen anda; untuk memahami minat anda dengan lebih baik agar kami dapat menyediakan maklumat promosi, kandungan berkaitan, tinjauan, soal selidik dan bahan lain kepada anda; menambah baik produk, perkhidmatan dan operasi kami; dan memastikan pematuhan dengan dasar dan peraturan syarikat kami dan undang-undang atau kami berpendapat bahawa perlu untuk melindungi, menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang, privasi, keselamatan atau harta benda kami dan orang lain. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk mengesahkan jualan yang dibuat oleh Pengedar Herbalife, untuk membantu Pengedar Herbalife mencari, berkomunikasi dan mengesahkan pelanggan dalam sistem kami serta untuk tujuan pematuhan Herbalife Nutrition. Herbalife Nutrition atau pihak ketiga yang disahkan boleh menghubungi anda secara langsung untuk tujuan ini menggunakan pelbagai kaedah hubungan yang diterangkan di bawah.

Herbalife Nutrition juga boleh menggunakan maklumat ini untuk menyokong operasi Keahlian dan Pengedaran Pilihan dan untuk mengekalkan pengendalian Pelan Jualan & Pemasaran Herbalife dengan sewajarnya. Contohnya, maklumat tentang Ahli Pilihan boleh digunakan untuk menyokong, mengira dan menjejak diskaun produk anda dan menyediakan maklumat tentang promosi khas kepada anda. Maklumat tentang Pengedar Herbalife boleh digunakan untuk menyokong, mengira dan menjejak diskaun, perolehan dan bonus, untuk mengeluarkan bayaran dan melaporkan pendapatan kepada pihak berkuasa percukaian, untuk memberikan latihan dan memastikan pematuhan undang-undang dan dasar syarikat yang berkenaan, pelan dan perjanjian, termasuk Permohonan dan Perjanjian Pengedaran.

Kami boleh mengekalkan maklumat anda selagi diperlukan untuk: memberi anda perkhidmatan; memenuhi keperluan perniagaan sah yang lain, seperti mengekalkan pengendalian Pelan Jualan & Pemasaran dengan sewajarnya; memenuhi pematuhan dan kewajipan undang-undang kami; dan menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami, termasuk Perjanjian Pengedaran.

3. Dengan Siapakah Herbalife Nutrition Berkongsi Maklumat saya?

Sekutu dan Rakan Kongsi

Kami boleh berkongsi maklumat peribadi yang diterangkan di atas dalam Bahagian 1 dengan sekutu kami (syarikat yang mengawal, dikawal oleh atau berada di bawah kawalan bersama, Herbalife Nutrition) serta rakan kongsi yang dipilih. Contoh cara entiti tersebut menggunakan maklumat anda termasuk membuat ramalan tentang minat anda dan memberi anda tawaran istimewa, promosi, iklan dan bahan lain.

Vendor & Pembekal Perkhidmatan

Kami boleh berkongsi maklumat peribadi yang diterangkan di atas dalam Bahagian 1 dengan vendor dan pembekal perkhidmatan yang menjalankan fungsi bagi pihak kami. Contoh fungsi sedemikian termasuk memenuhi pesanan, menghantar pakej, fungsi pentadbiran e-mel, memproses pembayaran kad kredit, menyediakan perkhidmatan pelanggan dan untuk penyelidikan pasaran. Vendor dan pembekal perkhidmatan mesti mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut arahan Herbalife Nutrition dan dilarang menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda untuk sebarang tujuan lain.

Pengedar Bebas Herbalife

Jika anda ialah Pengedar Herbalife, Ahli Pilihan atau Pelanggan, kami boleh berkongsi maklumat anda dengan Pengedar lain, termasuk tanpa batasan sebagai sebahagian daripada Laporan Keturunan yang mengandungi maklumat (seperti nama, maklumat hubungan, tahap atau pangkat, dan statistik volum dan jualan) tentang Pengedar lain dan Ahli Pilihan dalam peringkat bawah Pengedar Herbalife. (Organisasi peringkat bawah terdiri daripada semua Pengedar dan Ahli Pilihan yang ditaja oleh Pengedar tertentu secara peribadi, dan seterusnya, semua orang lain yang ditaja oleh Pengedar berikutnya.) Bagi Laporan Keturunan yang mengandungi data daripada orang di luar Amerika Syarikat, kami telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi data menurut undang-undang yang berkenaan. Laporan Keturunan diberikan kepada Pengedar secara rahsia dan hanya untuk tujuan menyokong Pengedar untuk membangunkan perniagaan Herbalife Nutrition mereka dengan selanjutnya, termasuk untuk penggunaan dalam alat dan platform pemasaran.

Kami boleh berkongsi maklumat anda dengan Pengedar untuk menawarkan dan memberikan produk dan perkhidmatan kepada anda, dan Pengedar ini boleh akan berkongsi maklumat anda dengan selanjutnya seperti yang diterangkan dalam dasar privasi mereka. Contohnya, jika anda menggunakan beberapa Laman kami, seperti GoHerbalife.com dan Laman Weight Loss Challenge (herbalifewlc.com) kami, maklumat anda boleh dikongsi dengan satu atau lebih Pengedar yang menservis laman tersebut. Begitu juga, jika anda menyertai Nutrition Club, kami boleh berkongsi maklumat anda dengan Pengedar yang mengendalikan Nutrition Club. Kami juga boleh berkongsi maklumat anda dengan Pengedar agar mereka boleh memberikan pengalaman yang lebih diperibadikan kepada anda, seperti mengesyorkan produk dan perkhidmatan yang paling relevan dengan anda. Pengedar Herbalife yang menerima maklumat anda terikat dengan terma Perjanjian Pengedaran mereka dan perjanjian perlindungan privasi dan data yang terkandung di dalamnya. Sesetengah Pengedar ini boleh bertempat di negara yang tidak menawarkan tahap perlindungan privasi yang sama atau serupa seperti yang tersedia di negara anda sendiri.

Jika anda mengendalikan Nutrition Club, kami boleh berkongsi lokasi Kelab tersebut dengan Ahli Pilihan, Pelanggan dan Pengedar Herbalife yang lain.

Pendedahan Perundangan & Pematuhan

Kami juga boleh mendedahkan maklumat anda: seperti yang diperlukan oleh undang-undang, seperti untuk memenuhi sepina, prosiding undang-undang atau proses perundangan yang serupa, termasuk pendedahan kepada juruaudit pihak ketiga yang dibenarkan; atau apabila kami yakin dengan suci hati bahawa pendedahan tersebut diperlukan untuk melindungi hak kami, melindungi keselamatan anda atau keselamatan orang lain, menyiasat atau mencegah penipuan atau memberikan respons terhadap permintaan kerajaan.

Peralihan Perniagaan

Kami boleh berkongsi maklumat anda jika Herbalife Nutrition terlibat dalam penggabungan, pemerolehan, atau penjualan atau pemindahan aset atau sekiranya berlaku kebankrapan.

Pihak Lain dengan Persetujuan Anda

Selain perkongsian yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, kami juga boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan pihak ketiga untuk sebarang tujuan lain yang didedahkan kepada anda semasa kami mengumpulkan maklumat tersebut atau menurut persetujuan atau arahan anda.

4. Bagaimanakah Herbalife Nutrition Berkomunikasi dengan saya?

Herbalife Nutrition boleh berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, pos, telefon, mesej teks atau cara lain secara tetap untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang diminta dan/atau berkenaan isu yang berkaitan dengan perniagaan Herbalife anda (jika anda ialah Pengedar). Untuk mengesahkan jualan pelanggan, Herbalife Nutrition boleh berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, pos, telefon, mesej teks atau cara lain secara tetap (jika anda ialah Pelanggan).

Selain itu, anda boleh menerima maklumat berkala tentang perniagaan, produk, perkhidmatan, tawaran khas Herbalife Nutrition dan Herbalife Family Foundation melalui pelbagai cara komunikasi seperti yang diterangkan di atas. Pengedar Herbalife dan Ahli Pilihan boleh mengurus komunikasi tertentu di pusat langganan MyHerbalife mereka. Selain itu, anda boleh mengurus jenis komunikasi ini dengan mengikut arahan yang disediakan dalam komunikasi atau dengan menghubungi kami di 866-866-4744.

5. Adakah Maklumat Peribadi saya Selamat?

Kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda adalah tepat, terkini dan selamat. Malangnya, tiada penghantaran data melalui Internet dijamin 100% selamat. Walaupun kami berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, tetapi kami tidak dapat menjamin keselamatan sepenuhnya.

6. Bagaimanakah saya dapat Mengakses atau Membetulkan Maklumat saya?

Herbalife Nutrition menghormati kawalan anda terhadap maklumat anda. Dalam sesetengah keadaan, anda boleh melawati satu atau lebih Laman kami untuk mengesahkan dan mengemas kini maklumat tertentu (contohnya, maklumat akaun Pengedar dan Ahli Pilihan tertentu pada MyHerbalife). Atas permintaan, kami akan mengesahkan sama ada kami menyimpan atau memproses maklumat yang kami kumpulkan daripada anda. Anda berhak untuk meminda atau mengemas kini maklumat peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap, meminta pemadaman maklumat peribadi anda atau meminta agar kami tidak menggunakannya lagi. Dalam keadaan tertentu, kami tidak akan dapat memenuhi permintaan anda, misalnya jika permintaan berkenaan mengganggu kewajipan kawal selia kami, menjejaskan hal undang-undang, kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, atau melibatkan kos atau usaha yang tidak seimbang, tetapi kami akan memberikan balasan terhadap permintaan anda dalam jangka masa yang munasabah dan memberi anda penjelasan. Biasanya, kami akan memberikan respons terhadap permintaan dalam tempoh 30 hari. Untuk membuat permintaan maklumat peribadi, sila hubungi kami dalam talian atau luar talian menggunakan maklumat yang diberikan di bawah.

Kirim permintaan anda di sini: https://privacyportal.onetrust.com/webform/46601746-6006-4c21-88ec-15dfa5b7dcdc/349bb89d-7008-46f7-b765-717966e11235

7. Pemindahan Antarabangsa.

Laman beribu pejabat di Amerika Syarikat. Harap maklum bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami atau yang kami peroleh berikutan penggunaan anda terhadap Laman boleh dikumpulkan di negara anda dan seterusnya dipindahkan ke negara lain menurut undang-undang berkenaan. Penggunaan Laman menunjukkan persetujuan anda terhadap pemprosesan maklumat seperti yang diterangkan dalam Dasar ini.

8. Maklumat Kanak-kanak.

Laman adalah laman web khalayak umum yang tidak ditujukan kepada kanak-kanak yang di bawah umur 13 tahun. Kami tidak mengumpulkan, menggunakan atau mengedarkan sebarang maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dengan sengaja, melainkan dibenarkan oleh undang-undang. Jika anda yakin bahawa kami mungkin telah mengumpulkan maklumat peribadi anak anda pada Laman ini, sila hubungi kami di privacy@herbalife.com dan kami akan berusaha untuk memadamkan maklumat tersebut daripada rekod kami, apabila diperlukan oleh undang-undang.

9. Kuki dan Penjejakan.

Herbalife Nutrition serta pihak ketiga tertentu yang menyediakan kandungan dan fungsi lain pada Laman kami, menggunakan kuki, mata arah web, main semula sesi/tangkapan skrin, dan teknologi lain yang serupa untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk menganalisis arah aliran, mentadbir laman web, menjejak pergerakan pengguna di Laman dan mengumpulkan maklumat demografi tentang pangkalan pengguna kami secara keseluruhan.

Kuki ialah cebisan maklumat yang disimpan pada pemacu keras komputer. Kuki membolehkan entiti yang meletakkan kuki pada peranti anda untuk mengenalinya merentasi laman web, perkhidmatan, peranti dan sesi pelayaran yang berbeza. Contohnya, kami boleh menggunakan kuki untuk mengenali anda apabila anda kembali ke Laman untuk memberi anda pengalaman pengguna yang lebih baik. Kami boleh membenarkan pihak ketiga menggunakan kuki pada Laman tetapi kami tidak mengawal penggunaan atau kandungan kuki pihak ketiga. Pelayar web selalunya membenarkan anda mengkonfigurasi pelayar web untuk menerima semua kuki, menolak semua kuki atau memaklumkan kepada anda apabila kuki dihantar. Jika anda memilih untuk menolak kuki, harap maklum bahawa anda mungkin tidak dapat memanfaatkan ciri dan fungsi Laman dengan sepenuhnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuki dan cara mengurusnya, sila lawati http://www.allaboutcookies.org/.

Mata arah web dan teknologi yang serupa adalah cebisan kod yang kecil, yang dibenamkan dalam laman web, iklan dan e-mel yang berkomunikasi dengan pihak ketiga. Kami menggunakan mata arah web, contohnya, untuk mengira bilangan pengguna yang telah melawati laman web tertentu, untuk menghantar atau berkomunikasi dengan kuki, dan untuk memahami corak penggunaan. Kami juga boleh menyertakan mata arah web dalam e-mel untuk memahami sama ada mesej telah dibuka, diambil tindakan atau dimajukan.

Terdapat storan setempat dan teknologi Internet lain, seperti Objek Dikongsi Setempat (juga dirujuk sebagai “Kuki Flash”), storan setempat HTML5 dan skrip terbenam yang boleh beroperasi serupa dengan kuki yang dibincangkan di atas. Harap maklum bahawa teknologi ini berbeza daripada kuki dan anda mungkin tidak akan dapat mengawal teknologi tersebut menggunakan alat dan tetapan pelayar standard. Untuk maklumat tentang cara mengurus kuki Flash, sila klik www.adobe.com/privacy.html. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang analisis Adobe dan cara pilih keluar, klik www.adobe.com/privacy.html.

Kami boleh menggunakan teknologi mata arah Bluetooth untuk menambah baik pengalaman Nutrition Club. Peranti mudah alih yang telah didayakan Bluetooth boleh menerima isyarat apabila berada dalam julat mata arah. Isyarat tidak akan diterima melainkan pengguna telah menghidupkan Bluetooth, memasang aplikasi mudah alih Herbalife Nutrition dan mendayakan pemberitahuan tolak. Kefungsian mata arah boleh membenarkan pemberitahuan, daftar masuk pelanggan dan pembayaran. Anda boleh menyahdayakan kefungsian mata arah dalam tetapan aplikasi.

10. Jangan Jejak.

Pelayar web boleh membenarkan anda menghantar permintaan “Jangan Jejak”. Buat masa ini, kami tidak mengambil tindakan untuk memberikan respons terhadap isyarat Jangan Jejak kerana tiada standard industri semasa berkenaan perkara, jika ada, laman web akan menerima isyarat tersebut. Kami terus menyemak teknologi baharu dan boleh menggunakan standard apabila teknologi dicipta.

11. Pengiklanan Dalam Talian.

Kami boleh memaparkan pengiklanan pada laman web kami dan bekerjasama dengan pihak ketiga untuk mengurus pengiklanan pada laman web lain untuk produk dan perkhidmatan kami. Kami juga boleh bekerjasama dengan pihak ketiga, termasuk rakan kongsi perniagaan, rangkaian pengiklanan dan pembekal perkhidmatan pengiklanan yang lain, yang mengumpulkan maklumat tentang anda di Laman kami dan laman lain untuk menyediakan iklan kepada anda di Laman dan di tempat lain dalam talian berdasarkan sejarah pelayaran anda dan disesuaikan dengan minat, keutamaan dan ciri anda. Kuki atau teknologi lain yang serupa boleh digunakan untuk menyediakan iklan kepada anda berdasarkan aktiviti dan minat pelayaran anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi pihak ketiga ini dan amalan maklumat pihak ketiga ini tidak dilindungi oleh Dasar ini.

Sesetengah pihak ketiga mengumpulkan maklumat tentang pengguna Laman kami untuk menyediakan iklan berdasarkan minat pada Laman kami dan di tempat lain, termasuk merentasi pelayar dan peranti. Pihak ketiga ini boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan oleh mereka pada Laman kami untuk membuat ramalan tentang minat anda untuk memberikan iklan kepada anda (daripada kami dan syarikat lain) merentasi Internet. Sesetengah pihak ketiga ini mungkin menyertai program dibangunkan industri yang direka bentuk untuk menyediakan pilihan kepada pengguna sama ada untuk menerima pengiklanan yang disasarkan. Disebabkan perbezaan antara penggunaan aplikasi dengan laman web pada peranti mudah alih, anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk menyahdayakan teknologi iklan yang disasarkan dalam aplikasi mudah alih. Kebanyakan peranti mudah alih membolehkan anda memilih keluar daripada pengiklanan yang disasarkan untuk aplikasi mudah alih menggunakan tetapan dalam aplikasi mudah alih atau peranti mudah alih anda. Untuk maklumat lanjut, sila semak tetapan mudah alih anda. Anda juga boleh menyahpasang aplikasi kami menggunakan proses nyahpasang standard yang tersedia pada peranti mudah alih anda atau pasaran aplikasi.

Untuk memilih keluar daripada pengiklanan berdasarkan minat merentasi pelayar dan peranti daripada syarikat yang menyertai program pilih keluar Digital Advertising Alliance atau Network Advertising Initiative, sila lawati laman web yang dikendalikan oleh Network Advertising Initiative (//www.networkadvertising.org/choices/) dan Digital Advertising Alliance (www.aboutads.info/choices/).Anda juga boleh memilih keluar daripada pengiklanan berdasarkan minat melalui tetapan dalam aplikasi mudah alih atau peranti mudah alih anda, tetapi pilihan pilih keluar anda hanya boleh digunakan pada pelayar atau peranti yang anda gunakan apabila anda memilih keluar, jadi anda perlu memilih keluar daripada setiap pelayar dan peranti anda jika anda ingin menyahdayakan semua pautan silang peranti untuk pengiklanan berdasarkan minat. Maklumat lanjut dalam bahasa tempatan boleh didapati di www.youronlinechoices.com/. Harap maklum bahawa walaupun anda menggunakan pilih keluar berdasarkan industri untuk pengiklanan berdasarkan minat, anda akan terus menerima iklan umum dan pengalaman anda di Laman kami mungkin akan terjejas.

12. Forum Dalam Talian.

Laman ini boleh menawarkan forum komuniti yang boleh dicapai secara umum. Anda perlu menyedari bahawa sebarang maklumat yang anda berikan di ruang ini adalah awam dan boleh dibaca, dikumpulkan dan digunakan oleh orang lain yang mengaksesnya. Untuk meminta maklumat peribadi anda dialih keluar daripada forum ini, hantar e-mel kepada kami di privacy@herbalife.com. Dalam sesetengah kes, kami mungkin tidak dapat mengalih keluar maklumat peribadi anda.

13. Pautan Pihak Ketiga.

Laman ini boleh mengandungi pautan ke laman web yang dikendalikan dan diselenggarakan oleh pihak ketiga yang kami tidak mempunyai kawalan. Sebarang maklumat yang anda berikan kepada laman web pihak ketiga akan ditadbir di bawah terma dasar privasi setiap laman web dan kami menggalakkan anda meneliti dasar tersebut sebelum mendedahkan sebarang maklumat kepada operator laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti terhadap kandungan, tindakan atau dasar laman web pihak ketiga. Pautan ke laman web pihak ketiga yang dimasukkan di Laman kami tidak boleh dianggap sebagai sokongan kepada kandungan, tindakan atau dasar laman web sedemikian.

14. Kefungsian Pihak Ketiga.

Sesetengah kefungsian pada Laman boleh disediakan oleh pihak ketiga yang tidak bergabung dengan Herbalife. Entiti ini akan mengumpulkan atau menerima maklumat tertentu tentang penggunaan anda terhadap Laman, termasuk melalui penggunaan kuki, mata arah Web dan teknologi yang serupa. Herbalife tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi entiti ini.

Jika anda mengakses perkhidmatan pihak ketiga, seperti Facebook, Google atau Twitter, melalui Laman, untuk log masuk ke Laman atau untuk berkongsi maklumat tentang pengalaman anda di Laman dengan pihak lain, perkhidmatan pihak ketiga ini mungkin dapat mengumpulkan maklumat tentang anda, termasuk maklumat tentang aktiviti anda pada Laman, dan mereka boleh memaklumi kenalan anda pada perkhidmatan pihak ketiga tentang penggunaan anda terhadap Laman, menurut dasar privasi mereka sendiri.

15. Pengubahsuaian pada Dasar ini.

Dasar Privasi ini terakhir dikemas kini pada tarikh yang disenaraikan pada permulaan Dasar ini. Herbalife Nutrition berhak untuk menukar Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Jika kami bercadang untuk membuat perubahan penting, kami akan memaklumkan kepada anda melalui notis pada laman ini sebelum perubahan berkuat kuasa. Penggunaan anda yang seterusnya terhadap Laman akan dianggap sebagai penerimaan perubahan tersebut. Pastikan anda menyemak Dasar Privasi ini secara berkala untuk memastikan anda mengetahui versi terkini. Dengan menggunakan Laman selepas perubahan terhadap Dasar Privasi ini disiarkan, anda bersetuju dengan semua perubahan tersebut.

16. Bagaimanakah jika Saya Mempunyai Pertanyaan?

Herbalife Nutrition amat mementingkan privasi. Jika anda mempunyai pertanyaan atau komen, anda boleh menghubungi kami di: 800 West Olympic Blvd., Suite 406, Los Angeles, California 90015 (Attn: Privacy Dept.), privacy@herbalife.com , 866-866-4744.



ms-MY | 25/04/2024 4:07:03 PTG | zuswpwssb000006 | MyHL | 26/04/2024 7:07:03 PG | 1.24.0417.15